Saturday, October 31, 2009

MPV TERBARU DARI HONDA









MPV- multi purpose vehicle semakin diminati dikalangan rakyat malaysia...
kita selalu tegok kete seperti avanza, grand levina, estima, oddeysea dan mcm2 lagi..dengan muatan 7 tempat duduk( 7 seaters).

Biasanga golongan yang dah beranak ramai akan preffered tuk beli model MPV ni sbb nakkan keselesaan memandu dengan sarat membawa anak2 dan bini bini....opppss..bini jer..

7 bulan yang lalu syaruikat auti motif negara mula memperkenalkan model MPV pertamanya dengan harga tak sampai 70 ribu, perrgh..murahh..7 seaters.


ke ghairahan proton ini bersifat sementara apabila Produa juga dikhabarkan akan merasmikan MPV pertamanya november ini dengan harga yang lebih murah...fuuhh..

Anda jangan terkejut kerana Jentere HONDA juga memang sangat berpengalaman dalam bidang jentera MPV in dan telah sekian lama memperkenalkan kerderaan dengan tempat duduk 16 orang dan pada harga yang jauh lebi rendah...anda boleh anggarkan sendiri harganya...




Thursday, October 29, 2009

Harga Kereta Proton Di Arab Saudi..




Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi????
Apa istimewanya orang/bangsa Arab?
Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?


Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha


Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.91


Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 32,786 aje

Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 30,612 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 34,576 aje…

Tu dah siap masuk tambang kapal pulak tu…


Haaaa….Ini baru harga Proton….Kalau aku tunjuk harga kereta bukan Proton,
ada yang sakit jantung nanti….

Haaaaaaa fikir-fikirkan lah


P/S ada sesapa yg boleh jawab ke?


Gotong Royong Bilik Guru...

Last Saturday di sekolah kami ada nya satu program yang melibatkan ramai pihak termasuklah guru2, staf2 sokongan dan juga pekerja2 swasta.. Tujuan : untuk mengemas bilik guru supaya menjadi lebih tersusun dan up-to-date lah katakan...





My blogmate - encik nazem ( merangkap Chairman of KGKT ) successfully conduct this event... yang mana dah tertangguh hampir 10 tahun!!!! Congrates my mate!!!! All hail..

Aku asyik bersin2 je ari tu sebab habuk banyak, so tak berkesempatan untuk menangkap gambar..

Ni pun naseb baik si AGL ( en. Nazem lah ) rajin meng'snap' view kan picture2 yang boleh diketengahkan... Serba sedikit gambar dari kamera hanpon Nazem




Ni gambar sebelum perubahan
besar berlaku




Breakfast dulu sebelum start bekerja. Appada
aku dikelilingi puteri2 SMKBS daaa....



Right on time je nih.. Betul2 sebelum start



Our staff work together in good relationship




Abg Ya.. Baik betul Abg Ya ni.. Dari mula2 aku masuk skolah
ni lagi memang baik..























Nazem bertopengkan mask H1N1 sebab baru lepas kene
serangan... Theeeeee






Sedikit perubahan yang dilakukan ini semoga akan memberi impak besar untuk semua guru...amiinnn...

Dengan selumbernya....




Ni gambar dua ekor kucing parsi tengah landing belakan motor tuan dia...memang nampak mcm spesis yang jinak...hahaha...GrinLoL

ni gambar masa aku balik sekolah pt td...aku potong moto ni...tak perasan yang dia bawak rupa2nya bab1.

Aku benti kat depan sket dan bukak camera 16 megapixel aku tuk amik gaambar ni buat tontonan semua...

selamba je bawak mcm tu.....

pada kita jijik...pada dia mcm bawak duit tuuu...ShootShootShoot

Apa pandangan anda...?
ok..?RotanRotanRotan


Sunday, October 25, 2009

`Bengkok`nya Perempuan...

Petikan ni kami ambil dari satu forum agama yang entah tak ingat dah link dia..
Sebelum pegi jauh, kami nak nasihatkan, post kali ini bukanlah merujuk kepada sapa2 ataupun menuduh pada sapa2.. Ini hanya untuk berkongsi bahawa betapa prihatinnya agama kita pada kaum wanita...(nama tu tak ada kaitan langsung dengan rakan sekerja kami)

Begini ceritanya ~


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Shahril Azmi? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Sharil Azmi. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Nuar?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Nuar."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

Thursday, October 22, 2009

D4F Go For Accelera Alpha!!!

Its hot like nasik lemak daun pisang di kantin abg rashid..heehee...

Amazingly, tayar ni memang superb.. This is my report..

Read through and identify it yourself which one is better..

Brand : Accelera 195/45 r15

Made in : Indonesia
-sebelum pasang ari tu, cina di batu gajah ada yg tau ini tayar dan dia cakap this is YOKOHAMA technology... mmmm.. so proud of it..

website : www.eptyres.com

Availability : Sin Siang Hin Tyres
BM : depan Kamdar (beli masa cuti skolah sebelum raya - cuti Muhyiddin approved )

PRICE : RM175 sebijik
sebab aku team savocnru.net : RM155 je sebijik

Source : www.savocnru.net

Comments :
1. sama tinggi dgn 175/50, tapi lebih lebar, size ni banyak digunakan oleh pemandu2 savvy dari Johor dan Singapore.
2. Clearance : Bump kuat , tayar belakang sagat fender.
3. Kelebaran menjamin grip yg lebih baik dan sangat baik....huhu

REVIEW :
Better cushioning due to larger air capacity in tyres.

Noise sama macam NCT5.

Grip in wet : ok

Dry Cornering Review : Marvelous!~ penah bawak 140 dalam hujan jalan basah ke sri iskandar nak pegi bazaar ramadhan...:heehee...

Problems : On HARD Bump with medium load - rear tyre hit fender.. Memang sedih.. bawak 3 anak sedara dengan kakak konvoi balik raya with my bro n parents, at last, aku naik 2 orang je ngan anak sedara aku.. sagat kuat tak hengat...

When filled with N2, tyre becomes lighter than 175/50, because of more N2 are filled in the tyres.

comparison antara 175/50 dan 195/45


Accelera Alpha 195/45/15 ni sidewallnya sama tinggi dgn stock 175/50/15, dan lebih kurang dgn stock 165/60/1414..

Tapi disebabkan kelebaran 195/45, dia lebih protect rim dari stock 175/50 untuk aftermarket rims rim 15 dengan kelebaran 6.5 inci.

Taken from my post in savocnru forum regarding this tyre..

"Genap seminggu aku dah pakai Accelera Alpha 195/45 ni..

Ini review dari bawaan aku selama 1 minggu :

SUPERB!!!

Tayar ni memang grip la.. Mungkin betul seperti kata seorang tokey di Batu Gajah "kawan, ini tayar yokohama punya teknologi wooo".. Pantang aku kona sikit je zaassss dengan pantas terasa kona dari tayar yang grip..Good

Aku pegang tayar ni macam lembut la.. ni yg risau ni takut baru 20,000km dah botak..Nail Biting

2 jam selepas aku tukar tayar ni, aku shoot pegi Sri Iskandar saje nak pegi bazaar ramadan yang dipenuhi dgn awek2 UTP dan UiTM.. Dari Sitiawan ke Sri Iskandar lebih kurang 30-40 minit je.. Sepanjang jalan hujan je. Air banyak jugak yang bertakung di tepi jalan.. Pecaya atau tak, aku speed 140km/j semasa hujan!!! Bukan sebab nak test tayar ni tapi sebab race dengan Rexton yang eksyen lebih.. Hee Hee
Bile langgar lopak air bertakung (tapi air tak banyak mane pun) zupppp tak rase pun kete terlari ke kiri atau kanan.. Memang syok melayan masa hujan.. Dan yang paling penting, aku pernah kona dalam keadaan jalan baru lepas hujan lebat dan pada masa aku kona tu adalah hujan renyai2 pada speed 140!!!! Memang boleh dipuji (bukan aku, tapi tayar tu la)..Kewl

Tapi yang tak best nye, tayar aku 3308.. meaning that week 33rd dalam year '08.. Emm dalam bulan october camtu.. setahun dah dalam kelang baru terjual.. tapi takpe.. dia simpan dengan tepung dia.. tu yang syok tu!!~

Topic Bump

Thanx to Accelera~

Ini lah Accelera Alpha 195/45/15 yang superb
one-way tyre semi-slick special
for my car..



Kelebaran yang menyedihkan
bila bump kuat
. Apapun, still
nampak tegap.

Thursday, October 8, 2009

KeGaRaNgaN....


Apasal kete yang lampu gelap belakang tu nampak garanggg gileer..??
Pelik aku...mungkin sebab tu kete aku kot.....hahah